BIOGRAFI ALLAHYARHAM TAN SRI MUHAMMAD ALI HASHIM
Setiap hari kita mencari motivasi dan inspirasi daripada tokoh-tokoh terkemuka serata negara dan benua. Kita mencari figura contoh kerana ingin menjadi hebat dan berjaya seperti mereka. Kita ingin ubah dan melangkah ke arah versi diri kita yang lebih baik. Kami ingin perkenalkan kepada anda seorang insan yang tidak asing dalam dunia korporat dan seorang pemimpin Muslim yang pernah mendapat gelaran "The World's 500 Most Influential Muslims" pada tahun 2017 dan 2018.
Nama beliau adalah Tan Sri Muhammad Ali bin Hashim.
Buku biografi ini akan merungkai segala kegigihan dan keberanian beliau dalam memperkenalkan pembaharuan, terutama dalam usaha membina organisasi dengan corak budaya berteraskan nilai Islam. Entrepreneur handal yang meneraju dunia perlu berlandaskan syariat dan prinsip Islam, itu perjuangan beliau.
Sejarah kisah perjalanan hidup dan konsep serta idea Bisnes Jihad dan Waqaf Korporat yang turut diperjuangkan oleh Allahyarham akan dirungkai, daripada mana ia pernah bermula suatu ketika dahulu. Buku ini akan mendedahkan bagaimana Allahyarham mengaplikasikan konsep tersebut dalam perniagaan dan syarikat dengan tertubuhnya Waqaf An-Nur Corporation (WANCorp) dan AWQAF Holdings Berhad.
=============================================================
BUKU INI AKAN DIJUAL DENGAN HARGA:
RM120 SEUNIT
ATAU BELI SECARA PUKAL DENGAN HARGA:
RM110 SEUNIT UNTUK PEMBELIAN 25 UNIT & KE ATAS
BELI SEKARANG!
Pembelian pukal berjumlah 25 unit dan ke atas dan pembelian untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak akan dimaklumkan kepada pelanggan selepas tempahan dibuat. Atau anda boleh terus hubungi kami di 011-6939 0434 untuk sebarang soalan mengenai tempahan.