PELUANG UMRAH PERCUMA DENGAN BERWAKAF SIRI 2024



 Umrah Impian Anda, AWQAF Taja! 


AWQAF Holdings ingin membuka peluang  kepada semua Muslimin dan Muslimat untuk mengerjakan umrah secara percuma, dengan bimbingan Ustaz Don Daniyal pada tahun ini. 



Alhamdulillah, pada tahun lepas, AWQAF telah menaja seorang peniaga bertuah dengan pakej umrah pada bulan Julai 2023. Kisah Encik Amar sendiri, beliau sudah lama tidak mengerjakan umrah.

Sebelum ini juga, kembara umrah beliau dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Namun setelah mendapat tajaan daripada AWQAF, beliau dapat realisasikan hasrat umrahnya yang tidak kesampaian sebelum ini. Alhamdulillah. 



Pemenang tajaan boleh juga menghadiahkan pekej umrah ini kepada ibu bapa, keluarga atau sesiapa sahaja bagi peluang untuk berkunjung ke Tanah Suci. 



Pakej umrah ini, dikelolai secara penuh oleh Mahabbaten Travel.

Pakej tajaan adalah untuk tarikh 25 Julai - 4 Ogos 2024 | 12 Hari 10 Malam


Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

  1. Anda memenuhi syarat-syarat untuk melayakkan anda mengerjakan Umrah;
  2. Bagi Ahli semasa AWQAF , wakaf dengan jumlah terkumpul RM1,000 daripada 15 Syaaban - 15 Syawal 1445h
  3. Bagi yang belum menjadi Ahli AWQAF, anda boleh mendaftar sebagai ahli dan wakafkan dengan jumlah terkumpul RM1,000 daripada 15 Syaaban - 15 Syawal 1445h
  4. Wakaf yang dikira hanyalah daripada tempoh 15 Syaaban - 15 Syawal 1445h sahaja.


  • Wakaf Secara Penuh RM1,000 ATAU Wakaf Secara Mingguan, RM 125 x 8 minggu = RM 1000. Klik sahaja link page ini sekiranya anda ingin lakukan penambahan wakaf semula secara mingguan, bulanan, atau harian. Asalkan jumlah terkumpul adalah dengan jumlah minima RM1,000 sebelum 16 Syawal 1445h
  • JIka anda ingin mendaftar sebagai ahli baharu, Whatsapp kami di talian 011-69390434 untuk pendaftaran. 
  • Setelah selesai mendaftar, anda boleh membuat penambahan wakaf melalui page ini di bahagian pembayaran.
  • Bayaran boleh dibuat melalui perbankan internet FPX, kad kredit, kad debit atau pemindahan ke akaun bank AWQAF. Bagi transaksi pemindahan ke akaun, sila lampirkan bukti resit di bahagian lampiran. 



Sebarang soalan yang berkaitan, boleh juga diajukan kepada kami di talian 011-69390434.


Anda nak tahu lebih lanjut tentang siapa AWQAF? Di sini ada perinciannya. 




AWQAF Holdings adalah sebuah institusi waqaf korporat berdaftar di bawah kategori Syarikat Berhad Menurut Jaminan atau Company Limited by Guarantee. Konsep wakaf Korporat pula adalah satu inovasi yang mengintegrasikan institusi wakaf Islam secara langsung ke dalam sistem pembangunan ekonomi negara yang hari ini dilihat dipacu terutamanya oleh organisasi bisnes dan korporat swasta.


Waqaf Korporat® boleh bertindak sebagai sebuah institusi berasaskan komuniti atau community-driven yang menggerakkan sumber-sumber komuniti untuk menjadi peneraju utama menjayakan bisnes mapan milik komuniti.


Waqaf Korporat® adalah institusi unik yang sangat berbeza dengan yayasan atau badan amanah yang ditubuhkan oleh syarikat-syarikat milik swasta. Perbezaan paling asas ialah hakikat bahawa Waqaf Korporat® bukan dimiliki oleh mana-mana entiti swasta atau golongan eksklusif korporat tertentu.



Antara faktor-faktor kritikal yang menjadi pra-syarat kepada kejayaan Waqaf Korporat® adalah penubuhannya sebagai organisasi bermatlamatkan bisnes sepenuhnya. 


Keuntungan daripada bisnes dan pelaburan inilah yang akan digunakan untuk disumbangkan semula kepada masyarakat



Ayuh Beramal dan Beribadah, dengan berwakaf kepada AWQAF. Anda pasti tidak akan rugi kerana pahala wakaf sudah pun mengalir melalui wakaf tunai yang telah disumbangkan.

Jika ada rezeki mengerjakan umrah buat anda, pasti peluang itu sentiasa ada buat anda.

Wakaf kepada AWQAF di bulan Syaaban, Ramadan dan Syawal ini. Moga-moga Allah memberkati usaha amal jariah kita.


Untuk info terkini, ikuti kami di platform media sosial dan laman web rasmi kami :

Facebook : AWQAF Holdings | Instagram : awqaf_holdings | Laman Web : awqaf.com.my


Doa buat pewakaf-pewakaf AWQAF.



"Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa-dosa pewakaf kami yang telah menyumbangkan harta mereka, semoga apa yang telah mereka wakafkan menjadi amal jariyah yang terus mengalir pahalanya. Lindungilah harta dan keluarga mereka, serta berikanlah mereka balasan yang berlipat ganda di dunia dan akhirat. Berikanlah mereka kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup mereka, serta terimalah semua amal baik mereka. Amin."



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Nilai (RM)
Wakaf Di Bulan Syaaban, Ramadan dan Syawal Untuk Peluang Umrah Percuma
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG