
Umrah Impian Anda, AWQAF Taja!
Pada tahun ini, AWQAF Holdings Bhd sekali lagi, ingin membuka peluang kepada semua Muslimin dan Muslimat untuk mengerjakan umrah secara percuma.
Alhamdulillah, pada siri yang pertama, AWQAF telah menaja seorang peniaga bertuah dengan pakej umrah pada bulan Julai 2023. Kisah Encik Amar sendiri, beliau sudah lama tidak mengerjakan umrah.
Sebelum ini juga, kembara umrah beliau dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Namun setelah mendapat tajaan daripada AWQAF, beliau dapat realisasikan hasrat umrahnya yang tidak kesampaian sebelum ini. Alhamdulillah.
Pemenang tajaan boleh juga menghadiahkan pekej umrah ini kepada ibu bapa, keluarga atau sesiapa sahaja bagi peluang untuk berkunjung ke Tanah Suci.
Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:
- Anda memenuhi syarat-syarat untuk melayakkan anda mengerjakan Umrah;
- Bagi Ahli semasa AWQAF , wakaf dengan jumlah terkumpul RM1,000 daripada 1 Rejab - 1 Syawal 1446h
- Bagi yang belum menjadi Ahli AWQAF, anda boleh mendaftar sebagai ahli dan wakafkan dengan jumlah terkumpul RM1,000 daripada 1 Rejab - 1 Syawal 1446h
- Wakaf yang dikira hanyalah daripada tempoh 1 Rejab - 1 Syawal 1446h sahaja.
- Wakaf Secara Penuh RM1,000 ATAU Wakaf Secara Mingguan, RM 125 x 8 minggu = RM 1000. Klik sahaja link page ini sekiranya anda ingin lakukan penambahan wakaf semula, secara mingguan, bulanan, atau harian.
- JIka anda ingin mendaftar sebagai ahli baharu, Whatsapp kami di talian 011-69390434 untuk pendaftaran.
- Setelah selesai mendaftar, anda boleh membuat penambahan wakaf melalui page ini di bahagian pembayaran.
- Bayaran boleh dibuat melalui perbankan internet FPX, kad kredit, kad debit atau pemindahan ke akaun bank AWQAF. Bagi transaksi pemindahan ke akaun, sila lampirkan bukti resit di bahagian lampiran.
- Seorang nama pemenang akan dipilih dan akan diumumkan pada bulan Syawal 1446h.
Sebarang soalan yang berkaitan, boleh juga diajukan kepada kami di talian 011-69390434.
Anda nak tahu lebih lanjut tentang siapa AWQAF? Di sini ada perinciannya.
AWQAF Holdings adalah sebuah institusi waqaf korporat berdaftar di bawah kategori Syarikat Berhad Menurut Jaminan atau Company Limited by Guarantee. Konsep wakaf Korporat pula adalah satu inovasi yang mengintegrasikan institusi wakaf Islam secara langsung ke dalam sistem pembangunan ekonomi negara yang hari ini dilihat dipacu terutamanya oleh organisasi bisnes dan korporat swasta.
Waqaf Korporat® boleh bertindak sebagai sebuah institusi berasaskan komuniti atau community-driven yang menggerakkan sumber-sumber komuniti untuk menjadi peneraju utama menjayakan bisnes mapan milik komuniti.


Ayuh Beramal dan Beribadah, dengan berwakaf kepada AWQAF. Anda pasti tidak akan rugi kerana pahala wakaf sudah pun mengalir melalui wakaf tunai yang telah disumbangkan.
"Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa-dosa pewakaf kami yang telah menyumbangkan harta mereka, semoga apa yang telah mereka wakafkan menjadi amal jariyah yang terus mengalir pahalanya. Lindungilah harta dan keluarga mereka, serta berikanlah mereka balasan yang berlipat ganda di dunia dan akhirat. Berikanlah mereka kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup mereka, serta terimalah semua amal baik mereka. Amin."