Wakaf Ramadan 1446H Bersama AWQAF Holdings



AWQAF Holdings Berhad 


Raih keberkatan di bulan Ramadan yang mulia ini dengan berwakaf

kepada AWQAF Holdings.




AWQAF Holdings adalah sebuah institusi waqaf korporat berdaftar di bawah kategori Syarikat Berhad Menurut Jaminan atau Company Limited by Guarantee. Konsep wakaf Korporat pula adalah satu inovasi yang mengintegrasikan institusi wakaf Islam secara langsung ke dalam sistem pembangunan ekonomi negara yang hari ini dilihat dipacu terutamanya oleh organisasi bisnes dan korporat swasta.


Waqaf Korporat® boleh bertindak sebagai sebuah institusi berasaskan komuniti atau community-driven yang menggerakkan sumber-sumber komuniti untuk menjadi peneraju utama menjayakan bisnes mapan milik komuniti.


Waqaf Korporat® adalah institusi unik yang sangat berbeza dengan yayasan atau badan amanah yang ditubuhkan oleh syarikat-syarikat milik swasta. Perbezaan paling asas ialah hakikat bahawa Waqaf Korporat® bukan dimiliki oleh mana-mana entiti swasta atau golongan eksklusif korporat tertentu.



Antara faktor-faktor kritikal yang menjadi pra-syarat kepada kejayaan Waqaf Korporat® adalah penubuhannya sebagai organisasi bermatlamatkan bisnes sepenuhnya. 





Keuntungan daripada bisnes dan pelaburan inilah yang akan digunakan untuk disumbangkan semula kepada masyarakat



Di bulan Ramadan yang mulia ini, kami ingin mengajak semua Muslimin dan Muslimat untuk berwakaf kepada AWQAF supaya dengan kelebihan model wakaf korporat ini, kami mampu untuk bantu dan santuni lebih ramai masyarakat. 

Klik sahaja pilihan sumbangan di bawah untuk menyumbang melalui perbankan internet/kad debit/kad credit

Sekiranya anda ingin buat pindahan wang terus ke akaun kami, anda boleh berbuat demikian dengan menyalurkan wakaf ke akaun Bank‎‎ Islam‎ kami di akaun‎ 1601 801‎ 0022 853
.


Doa buat pewakaf-pewakaf AWQAF.



"Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa-dosa pewakaf kami yang telah menyumbangkan harta mereka, semoga apa yang telah mereka wakafkan menjadi amal jariyah yang terus mengalir pahalanya. Lindungilah harta dan keluarga mereka, serta berikanlah mereka balasan yang berlipat ganda di dunia dan akhirat. Berikanlah mereka kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup mereka, serta terimalah semua amal baik mereka. Amin."




Sekiranya anda ada sebarang soalan untuk diajukan kepada kami, klik sahaja butang Whatsapp di page ini atau Whatsapp kami di talian 011-69390434. 


INGAT WAKAF, INGAT AWQAF.

Waqaf Korporat, Insititusi Memperkasa Ekonomi Umat


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Wakaf Umum Serendah RM 1
Wakaf 10 Hari Pertama Ramadan Berjumlah RM 55
Wakaf 10 Hari Kedua Ramadan Berjumlah RM155
Wakaf 100 Lailatul Qadar
Wakaf 200 Lailatul Qadar
Wakaf 300 Lailatul Qadar
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG